Sunday, September 13, 2009

Suatu tuntutan.

Bismillahirrahmanirrahim. assalamulaikum wbrth.



PERTAMA.

1. Saya balik dari mesir pada januaru 1997, bersama isteri dan seorang anak.

2. Tak sempat habiskan tahun 4 di Universiti al-Azhar kuliah Usuluddin. sebab dah insihab auroq, kullaha.

3. Semuanya gara-gara ikhwah tidak menerima saya dalam mujtamak ikhwah, dengan berbagai provokasi yang menyakitkan ( dari ikhwah sendiri).



KEDUA.

1. Setelah 10 tahun berjauhan dengan mujtamak ikhwah, banyak masalah yang timbul.antaranya:

> masyarakat tak faham pendirian yang saya pegang.

> masyarakat tidak guna pendirian yang saya pakai.

> masyarakat menganggap pendirian saya tidak betul dan tidak sesuai digunakan, dan sebahagian mereka mendakwa sebagai bahaya.

2. Tapi yang lebih memeranjatkan:

> apabila ada ikhwah yang menyarankan saya ikut balik yang lama.

> selain pandangan masyarakat yang mendakwa saya sebagai tidak betul kerana tidak

menyamai apa yang jim dan isma lakukan.

3. Kerana realitinya saya bergerak sendiri.

persoalan saya:

a. apa alasan yang memungkinkan saya ikut semula kabel ikhwah yang dulu, walhal merekalah punca dan yang menyebabkan saya pulang tanpa segulung ijazah yang memungkinkan saya punyai pendapatan kira-kira RM2000-RM3000 ?

b. apa jaminannya.

c. di manakah kesalahan-kesalahan yang telah saya lakukan dan dianggap tidak betul
sehingga ada segelintir masyarakat menuduh , saya sebagai boleh menyesatkan ?

d. adakah saya bersalah dengan kerjaya sebagai GURU KAFAI di bawah JAIS ?

e. mengapa ada di kalangan ikhwah sendiri yang cuba menyekat aktiviti saya sedangkan saya tidak mencampuri aktiviti mereka?


sesiapa yang ada kaitan dengan topik ini harap dapat beri jawapan atau komen...